fbpx

Cara Buat Jeruk Petai, Lagi Sedap Makan Dengan Budu Dan Ulam-Ulaman

iCookAsia

Bagi sesiapa yang sukakan petai, mesti akan cuba buat resipi ini. Sangat senang nak buat Jeruk Petai. Apatah lagi, makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Dah lengkap menu lunch. Bukan itu sahaja, dengan isi petai yang mengembang, lagi nikmat nak makan jeruk ni.

Jom kita try.

Terima kasih Rozana Hashim AsSalihin untuk perkongsian resipi Jeruk Petai ini 🙂

Bahan-Bahan:

Isi petai

3-4 sudu garam

Air masak

Asam gelugur

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan air sehingga menggelegak.
  2. Selepas itu, ambil petai dan celur sekejap sahaja, agak-agak sahaja untuk boleh keluarkan isi petai tu.
  3. Pastikan jangan celur sehingga lunyai. Biar isi dia keras lagi apabila nak keluarkan dari kulit tersebut.
  4. Selepas celur, isi petai akan kelihatan seperti ini.
  5. Kemudian, letak garam dalam anggaran 3-4 sudu bergantung pada berapa banyak petai digunakan. Boleh adjust rasa tersebut.
  6. Seterusnya, apabila sudah masukkan garam, goncang balang tersebut yang mengandungi isi petai.
  7. Biarkan semalaman.
  8. Masukkan air masak. Masukkan air sama paras dengan petai tadi kerana petai akan mengembang semula.
  9. Selepas masukkan air tadi, letak 2 hingga 3 keping asam gelugur dan biarkan petai tersebut.
  10. Akhir sekali, apabila sudah letak air, tunggu sehingga petai betul-betul mengembang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozana Hashim AsSalihin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x