fbpx

Khasiat Halba & Tips Mudah Untuk Buang Angin Dalam Perut Dengan Hanya Menggunakan Air Rebusan Halia Dan Halba, Memang Menjadi!

iCookAsia

Bila perut kita masuk angin, mesti akan rasa sangat tidak selesa. Apatah lagi, kalau tengah buat kerja. Sangat mengganggu kehidupan seharian. Apa kata cuba tips mudah ini untuk hilangkan angin dalam badan, senang sahaja tau.

Jom kita try.

Terima kasih Seri Sairi untuk perkongsian tips Mudah Buang Angin Dalam Perut ini 🙂

Bahan-Bahan:

Halia

1 sudu Halba

2 cawan air

Lemon

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, halia diketuk.
  2. Campur semua bahan dalam satu periuk berisi air. Biar sampai mendidih.
  3. Seterusnya, tuang dalam cawan. Biarkan sekejap sampai suam dan perah lemon. Boleh minum sebelum sarapan tau.
  4. Kalau nak sedap, boleh letak satu sudu madu. Sangat sedap dan tidak pahit.

Amalkan selama satu minggu untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan.

Khasiat Halba:

  1. Pertama sekali, ia dapat melancarkan haid dan menghilang kembung perut dan senak.
  2. Bukan itu sahaja, halba dapat memperbanyakkan air susu, menghilangkan lendir tekak, menghilangkan sakit kepala dan migrain dan mengurangkan senggugut.
  3. Halba juga membantu untuk menurunkan berat badan dan menyuburkan rahim.
  4. Seterusnya, dapat merawat masalah kulit dan bisul.

Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉

Kredit tips dan gambar: Seri Sairi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x