fbpx

Resepi Sup Ayam Thai Mudah, Gerenti Sedap Sampai Menjilat Jari!

iCookAsia

Mesti best kan kalau dapat makan Sup Ayam. Apatah lagi bagi sesiapa yang tidak sihat, rasa segar je badan makan hidangan ini. Hari ini, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah dan dijamin sedap iaitu Sup Ayam Thai.

Jom kita try.

Terima kasih Tengku Syazwanie untuk perkongsian resipi Sup Ayam Thai ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ayam

Bawang putih

Bawang merah

Bawang besar

Halia

Serai

Sup bunjut

Kiub Knor ayam

Lobak merah

2 sudu sos ikan

Tomato

Daun limau purut

Garam

Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumbuk bawang putih dan halia.
  2. Seterusnya, mayang bawang merah dan bawang besar serta serau. Kalau serai halus-halus, letak banyak sikit, kalau besar-besar, boleh letak 2 atau 3.
  3. Tumis semua sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau atau layu.
  4. Masukkan air, apabila sudah hampir nak gelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub knorr ayam, lobak merah dan biar seketika.
  5. Masukkan 2 sudu sos ikan, tomato dan daun limau purut.
  6. Letak garam dan secukup rase atau ajinomoto.
  7. Apabila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku Syazwanie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/video

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x