Seperti mana yang kita tahu, sayur mengandungi banyak khasiat yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan yang baik. Namun, ada Sesetengah orang yang tidak begitu minat dengan sayur terutama budak-budak kecil yang memang susah kalau disuruh makan sayur.
Jadi, hari ini, Admin nak share tiga resipi masakan sayur kampung yang sedap dan memang boleh buat terliur dengan keenakan hidangan ni. Jom kita try.
1.Sayur Peria Goreng Telur
Bahan-Bahan:
1/2 batang peria (dihiris dan rendam dalam air garam)
2 biji telur
1 labu bawang putih (dihiris)
1 labu bawang kecil merah (dihiris)
3 sudu besar ikan bilis
1 batang lada merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, hiriskan peria dan rendam dalam air garam (Ini adalah petua untuk kurangkan rasa pahit)
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
- Kemudian, tumiskan bawang-bawang dan lada yang telah dihiris-hiris kan tadi sehingga naik bau.
- Masukkan hirisan peria ke kuali dan kacau rasa.
- Masukkan garam serta ikan bilis tadi.
- Akhir sekali, masukkan telur dan kacau hingga masak. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Azaty Aty
2.Kangkung Tumis Berlada Bersama Ayam
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
2 sudu minyak zaitun
1 senduk cili (Dikisar)
Kangkung
Isi ayam
1 sudu kecil gula (Boleh pakai Lakanto untuk diet)
Cara penyediaan:
- Tumis bawang merah dan bawang putih dengan 2 sudu minyak zaitun. Nak guna minyak biasa pun boleh.
- Masukkan 1 senduk cili yang sudah dikisar.
- Tumis sehingga masak dan masukkan batang kangkung serta isi ayam.
- Gaulkan sampai ayam separuh masak dan batang kangkung layu.
- Masukkan 1 sudu kecil apa-apa sahaja gula diet. Pakai Lakanto pun boleh.
- Masukkan daun-daun kangkung dan masak sehingga layu tapi jangan terlalu lama. Tambah sedikit air.
- Masukkan sedikit garam pink. Nak guna garam biasa pun boleh.
Kredit resipi: Cikgu Teha
3.Tauhu Tauge Goreng Dengan Kucai
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Ikan bilis
Daun kucai
Lobak
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, hiris halus bawang merah, bawang putih dan cili merah.
- Goreng tauhu terlebih dahulu dan ikan bilis.
- Kemudian, goreng bahan yang sudah dihiris sebentar tadi.
- Apabila sudah naik bau, masukkan lobak dan sedikit air.
- Masukkan pula daun kucai, tauhu, taugeh dan ikan bilis.
- Perasakan dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Kehidupanku Cahaya(Facebook)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos