fbpx

Ini Dia Cara Buat Rendang Kerang Cili Api Orang Nismilan. Resepi Mudah Dan Menyelerakan.

iCookAsia

Kebiasaanya kita makan Rendang Ayam tapi kali ni, ubah sikit jadi Rendang Kerang Cili Api. Dengar pun dah sedap kan. Memang perfect bagi sesiapa yang gemarkan rendang dan kepedasan. Admin nak tunjuk resipi ini versi Negeri Sembilan.

Mudah saja cara nak buat. Jom kita try.

Terima kasih Nor Seri Azlina Bustani untuk perkongsian resipi Rendang Kerang Cili Api ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan (Untuk Dikisar):

Cili padi

Serai

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Kunyit

Lengkuas

Buah keras

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  2. Kemudian, masukkan asam keping.
  3. Masukkan kerang.
  4. Masukkan santan. Pakai santan kotak pun boleh. Kalau guna santan fresh lagi baik.
  5. Selepas itu, letak 1 inci gula melaka.
  6. Seterusnya, masukkan 4 sudu besar kerisik.
  7. Akhir sekali, perisakan dengan garam.

Mudah kan? Memang sangat wangi aroma hidangan ini.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Seri Azlina Bustani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x