fbpx

Boleh Cuba Resepi Apam Nasi Ini, Walaupun Simple Tapi Rasanya Sangat Sedap

iCookAsia

Kalau dapat Apam Nasi mesti sedap kan? Terliur ke tu? Admin nak share dengan anda semua satu resipi yang sangat mudah untuk buat apam nasi tau. Nak buat ikut warna kegemaran anda sendiri pun boleh. Rasa masih sama, lembut je makan. Confirm tak cukup lah makan satu.

Jom kita try.

Terima kasih Roslina Hasan untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi

3 cawan air

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

2 cawan gula kasar

1 paket yis

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, blend kan nasi dengan 1 cawan air dulu sehingga nasi halus dan baru masukkan lagi 2 cawan air. Seterusnya, blend sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan masukkan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis. Gaul sebati dan perap selama 1 jam.
  3. Bahagikan kepada beberapa bekas mengikut berapa warna yang diinginkan.
  4. Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  5. Akhir sekali, kukus selama 15 minit.

Tips: Kelapa parut ditambah dengan sedikit garam, digaul dan dikukus selama 5 minit supaya kelapa tahan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Roslina Hasan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x