Siapa di sini suka makan ubi keledek? Apa kata anda cuba resepi Cucur Ubi Keledek Ungu Ini. Dijamin sedap dan memang tak cukup kalau makan sikit sahaja. Rasanya yang crunchy di luar tapi lembut di dalam menambahkan lagi kelazatan cucur ini. Kalau makan panas-panas, lagi nikmat.
Buat makan waktu petang pun okay juga ni. Jom kita try.
Terima kasih Haslina Hassan untuk perkongsian resipi Cucur Ubi Keledek ini 🙂
Bahan-Bahan:
Ubi keledek purple
Tepung pulut
Tepung beras (sikit)
Gula
Garam
Bijan
Air sikit jika perlu
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, rebus ubi sehingga empuk dan toskan.
- Seterusnya, letak gula dan garam serta lenyekkan.
- Masukkan tepung pulut dan tepung beras, uli sehingga tidak melekat pada tangan.
- Kemudian, bulat-bulat kan tepung dan kemudian gelekkan atas bijan.
- Akhir sekali, goreng dan siap untuk dihidang.
Kalau tiada bijan pun tidak apa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Haslina Hassan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos