fbpx

Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut. Tambah Emulco Red Velvet, Jadilah Donut Red Velvet.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka akan hidangan Donut ni kan? Senang sangat nak buat atau tak tahu buat pun boleh dapatkan di gerai-gerai tepi jalan. Murah pun murah. 

Tetapi lagi best di buat sendiri. Lagi menarik jika anda pelbagaikan warnanya seperti seorang pengguna Facebook ini membuat Donut Red Velvet. Mengguna bahan yang asas untuk buat Donut, cuma tambah sedikit red velvet emulco je. 

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Donut Red Velvet ini 🙂

Bahan-bahan:

11g yis

3 sudu besar gula

180 ml air suam

*campur sekali dan biarkan kembang dan berbuih.

2 ½ cawan tepung high protein/tepung gandum

1 biji telur

3 sudu besar susu tepung

1 sudu besar pelembut roti

2 sudu besar marjerin

1 sudu besar susu pekat (optional)

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Masukkan dulu 2 cawan tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti. Kemudian tuang air campuran yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
  2. Uli sehingga menjadi doh dan tidak lekat di tangan. Kalau adunan masih lembik, masukkan tepung yang lebih tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan semua terus.
  3. Uli lebih kurang 15-20 minit atau sampai doh jadi licin dan elastik.
  4. Biarkan doh naik 2 ganda dalam masa 1 jam dalam keadaan bertutup.

5. Apabila sudah kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Kemudian boleh buat bentuk, nak guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh.

  1. Biarkan lagi dalam 10-15 minit dan boleh mula menggoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x