Admin pasti ramai yang biasa buat Apam Nasi kan? Salah satu resepi yang dapat anda berjimat dan tidak membazir dengan membuang lebihan Nasi semalam. Resepi yang sangat mudah dan Anti-Gagal.
Tapi kali ini, apa kata beri kelainan pada Apam Nasi anda dengan menambah Santan dalam adunan. Kemudian, boleh lah guna pewarna pilihan anda sendiri. Bak kata Syana, “Benda boleh pelbagaikan apa salahnya kita cuba kan”.
Jom cuba untuk tahu rasanya bagaimana!
Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Apam Nasi Bersantan ini 🙂
Bahan-bahan untuk Dikisar:
1 cawan nasi
1 cawan gula pasir
1 kotak kecil santan (dicampur dengan ¼ cawan air)
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 peket yis kering mauripan
Pewarna yang disukai
Acuan yang disukai dioles dengan minyak
Cara membuat:
- Semua bahan-bahan A tadi dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.
- Kemudian tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalamnya. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
- Kemudian, masukkan pewarna. Setelah sebati semuanya perap selama 1 jam (ditutup).
- Panaskan pengukus, aturkan acuan ke dalamnya dan tuanglah adunan tadi.
- Air kukusan kena betul-betul mendidih baru kukus kuihnya.
- Kukus selama 15 minit (api sederhana).
*Tunggu sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos