Lokum atau juga dikenali sebagai Turkish Delight sangat digemari oleh ramai orang. Dengan rasanya yang manis dan pelbagai perisa menarik lagi perhatian orang untuk rasa makanan ini. Tapi anda semua mesti nak rasa Lokum yang kurang manis tapi masih sedap kan?
Jom kita try.
Terima kasih AJ Idris untuk perkongsian resipi Lokum ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (Untuk Sirap Gula):
3/4 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar jus lemon
Cara penyediaan:
- Didihkan sehingga gula cair dan likat.
Bahan B (Dalam periuk lain):
1 1/2 cawan tepung jagung
2 cawan air
1/4 cawan jus asli delima (Boleh gantikan dengan jus strawberry jika tiada)
Jika tiada jus, boleh letak pewarna makanan tapi masukkan 1 sudu besar esen vanilla ataupun 2 sudu besar air ros
Cara penyediaan:
- Kacau-kacau adunan tepung jagung supaya tidak berketul. Kemudian masak atas api perlahan.
- Tuangkan sirap gula tadi sedikit demi sedikit, kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. (Tuang sirap gula, kacau, tuang sirap gula, kacau. Ulang sehingga sirap gula habis). Teruskan mengacau sampai pekat dan melekat. Penting waktu ini untuk pastikan adunan tidak terlampau kering sebab tidak mahu result akhirnya keras. Pastikan ia kenyal dan gebu. Tutup api.
- Masukkan kacang pistachio, atau apa-apa jenis kacang ataupun buah-buahan kering. Kacau sebati.
- Tuang dalam loyang yang dilapisi dengan baking paper atau parchment paper. Ratakan dan sejukkan pada suhu bilik, lebih kurang 6 jam. Jangan masukkan dalam fridge. Tunggu sehingga adunan kental dan kenyal.
- Atas papan pemotong, taburkan tepung jagung yang dicampur dengan gula icing.
- Keluarkan adunan tadi dari loyang. Potong bentuk kiub, salut sekeliling dengan campuran tepung jagung dan gula icing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: AJ Idris(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos