fbpx

Buat Double Chocolate Chip Cookies Dengan Mudah. Bakar Lama Sikit, Jadi Lagi Rangup!

iCookAsia

Ada yang Hantu Cookies di sini? Resepi perkongsian kali ini memang sesuai buat yang sangat gemar dengan pelbagai jenis Cookies atau biskut. Resepi asal dan kebiasaannya, biskut akan jadi chewy tapi bagi seorang pengguna Facebook ini, beliau lamakan sedikit waktu membakar supaya menjadi lebih rangup. 

Ikut citarasa masing-masing, boleh lamakan boleh sahaja ikut masa yang dikongsikan. Jangan tunggu lama-lama, inilah masanya untuk anda cuba buat Cookies yang sedap dan confirm boleh buat anda ketagih. 

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Double Chocolate Chip Cookies ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan butter

3/4 cawan gula perang

1/2 cawan gula halus

2 biji telur

1 1/2 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung gandum    } ayak

1/2 cawan cocoa powder  } ayak

3/4 sudu kecil baking soda     } ayak

1/4 sudu kecil garam halus

1 cawan choc chip

1 cawan almond nibs/almond strips/almond flakes  } sangai seketika

Cara membuat:

  1. Kacau butter, gula perang, gula halus hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Kacau lagi.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Masukkan choc chip dan badam. Kacau sekata.

*Adunan memang akan lembik sedikit, boleh tambah 2 sudu besar tepung gandum ya.

  1. Sudukan atau gentel-gentul adunan di atas baking tray.
  2. Bakar pada suhu 160°c 15 -20 minit, bergantung pada oven masing-masing ya. 

*Boleh tambah masa bakar untuk lebih rangup. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x