fbpx

Buat Serbuk Colek Buah Ala Thai Ini. Mudah, Simple Dan Sedap Tak Terhingga!

iCookAsia

Buat penggemar buah-buahan yang masam seperti mangga jeruk ke pasti suka ada benda yang dicicah sebagai sampingan seperti Serbuk Colek ala Thai ini. Biasa kita beli je di luar kan? Tapi kali ini, jom buat sendiri. Rasanya lebih berbaloi. Boleh buat satu bekas di rumah. Senang lepas ni. 

Terima kasih Nur Masri untuk perkongsian resipi Serbuk Colek ini 🙂

Bahan-bahan:

10 tangkai Cili kering 

Belacan sebesar ibu jari

3/4 cawan Udang kering 

1 1/2 cawan gula pasir

Cara membuat:

  1. Basuh cili kering toskan dan sangai.
  2. Basuh udang kering toskan dan sangai.
  3. Bakar belacan.
  4. Setelah bahan sejuk, kisar semua bahan  menggunakan pengisar kering.
  5. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  6. Boleh tambah garam jika mahu kurang masin dan jika tidak suka pedas boleh tambah gula. Ikut selera masing-masing. 

*Resepi menggunakan cili kering yang jenis tidak pedas. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x