fbpx

Buat Kuih Donut Guna Acuan Bentuk Bunga. Baru Anak-Anak Excited Nak Makan.

iCookAsia

Kalau sebut Kuih Donut, siapa sahaja yang tidak suka kan? Sekarang ni ramai dah jual ikut cara Bomboloni. Seperti Kuih Donut yang mempunyai Inti Filling. Tapi, apa kata kali ini kita buat Kuih Donut bentuk selain buat itu dan jadi lebih kreatif. Barulah ramai yang rasa tertarik nak makan. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat Kuih Donut menggunakan acuan berbentuk bunga. Cantik betul hasilnya. Pasti anak-anak di rumah excited nak makan. 

Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Kuih Donut ini 🙂

Bahan-bahan:

2 sudu kecil yis mauripan

1/4 cawan air panas suam

1 sudu kecil gula

*Satukan semua bahan di atas biarkan berbuih.

Bahan-bahan lain:

3 cawan tepung high protein atau tepung gandum

4 sudu besar gula pasir

1/2 sudu kecil garam

2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar butter atau marjerin

1 biji telur

1/2 cawan air (ikut keperluan)

Cara membuat: 

  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk besar.
  2. Gaul sebati dan buat lubang di tengah-tengah. 
  3. Masukkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sampai doh menjadi licin dan tidak melekat di tangan lebih kurang 20-30 minit.
  4. Biarkan doh di dalam bekas yang bertutup dan perap selama 1 jam.
  5. Apabila doh sudah naik dan kembang, tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. 
  6. Uli lagi selama 5 minit, timbang 40 gram setiap doh dan bolehlah dibentukkan dengan menggunakan tangan ataupun acuan. Buat sampai habis.
  7. Perap lagi selama 10-15 minit, selepas itu bolehlah goreng dalam minyak yang terendam hingga kekuningan. Pastikan api sederhana kecil.
  8. Apabila donut sudah sejuk, salut dengan gula kastor atau gula icing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x