fbpx

Resepi Sambal Lengkuas, Kegemaran Orang Kedah. Makan Ratah Begitu Saja Pun Dah Sedap!

iCookAsia

Ini dia hidangan kegemaran bagi orang Kedah, Sambal Lengkuas. Menjadi kebiasaan untuk menikmati hidangan sampingan ini bersama Nasi dan Ulam-ulaman. Tapi kalau nak ratah begitu sahaja pun dah sedap tau. 

Bagi yang tak pernah rasa, jom cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Katanya ini resepi daripada ibu mertua beliau. Memang legend lah!

Terima kasih Jona MJ untuk perkongsian resipi Sambal Lengkuas ini 🙂

Bahan-bahan:

Lengkuas muda – 2 penumbuk 

Serai – 15 batang

Cili padi – 30 biji (kalau tak suka pedas boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh. Ikut selera)

Belacan – besar ibu jari, kalau nak lebih pun boleh

Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lagi sedap)

Garam secukup rasa

Limau kasturi – 5 biji (diperah, nak airnya sahaja ya. Perah lepas semua dah tumbuk)

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan. 
  2. Kemudian, simpan ke dalam peti ais. Kalau nak makan baru amik sikit, campurkan dengan kerisik. 

Tips: Kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Akan jadi macam serunding.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jona MJ (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x