fbpx

Kuih Kegemaran Ramai, Kuih Donut Kampung. Ini Dia Resepi Donut Tanpa Telur.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka Kuih Donut kan? Disalut dengan gula pasir, makan panas-panas lagi sedap. Tetapi, pernahkah anda mencuba Kuih Donat Kampung? Tiada banyak beza pun dari segi bahan yang digunakan. Hanya tanpa telur pada pembuat Donat Kampung ini. 

Diruangan komen pada perkongsian seorang pengguna Facebook ini pula katanya, ramai yang sudah cuba dan Donut Kampung ini ternyata lebih sedap, gebu dan lembut. Wah menarik, jom cuba!

Terima kasih Rahmah Rosmin untuk perkongsian resipi Donut ini 🙂

Bahan A:

145g air suam (anggaran 2/3 cwn)

1 sudu B gula kastor

1 sudu B susu pekat

1/2 sudu B yis (1/2 paket)

*Bancuh bahan di atas dan biarkan sehingga berbuih.

Bahan B:

2 cwn (250g) tepung gandum 

2 sudu B (30g) marjerin pelangi

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Ramas bahan B hingga menjadi serbuk roti. Masukkan bahan A dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Doh memang macam lembik sedikit tapi jangan risau, bila doh dah kembang ia akan jadi okay. 
  2. Pastikan doh lembut, baru la dapat donat yang gebu.
  3. Perap doh hingga kembang satu kali ganda, lebih kurang 45 minit.
  4. Selepas itu, buat bulat-bulat ikut besar mana yang disukai. Bila doh dah naik sikit, leperkan sedikit sahaja dan tebuk lubang guna belakang nozzle atau penutup botol.
  5. Apabila donat dah naik kembang elok, boleh lah goreng.

*Sukatan sudu dan cawan dalam resepi ini menggunakan sudu dan cawan metrik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rahmah Rosmin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x