fbpx

Resepi Apam Nasi Yang Simple Tapi Hasilnya Gebu. Buat Tanpa Pewarna Lagi Cantik!

iCookAsia

Kuih Apam Nasi ni kebiasaannya dihidang dalam bentuk comel-comel kecil sahaja. Mempunya lompang atau acuannya sendiri. Tapi kali ini, apa kata kita buat jenis Kek besar dan tanpa pewarna seperti seorang pengguna Facebook ini. Ramai yang buat warna merah jambu atau warna hijau kan? 

Kali ini kita buat tanpa pewarna iaitu warna putih sahaja. Baru rasa asli dan selamat tanpa pewarna. Jom cuba! 

Terima kasih Sue Zana untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan nasi

3/4 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan air

1/2 paket yis

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan hingga sebati dan selepas itu, biarkan adunan naik. 
  2. Apabila sudah naik, kacau sikit dan masukkan ke dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak. 
  3. Tunggu adunan naik sedikit lagi sekali, kemudian kukus selama 30 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sue Zana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x