fbpx

Isteri Nak, Suami Tunaikan Dengan Membuat Tauhu Sumbat Kuah Kacang. Sedapnya…

iCookAsia

Perkongsian resepi kali ini sangat menarik kerana ianya hasil air tangan si suami kepada Isteri yang teringin nak makan Tauhu Sumbat bersama Kuah Kacang. Kata beliau, si isteri langsung tak mahu yang dibeli di luar. Jadi, beliaulah yang menyediakan hidangan ini. 

Kagum betul Admin, hehe. Pandai betul masak dan sweet pada isteri. Haa, para isteri di luar sana boleh lah try minta lepas ni pada suami untuk masak sesuatu untuk anda. Hehe. 

Ok jom cuba resepi perkongsian di bawah ini!

Terima kasih Shah Shatry untuk perkongsian resipi Tauhu Sumbat Kuah Kacang ini 🙂

Bahan- bahan Tauhu Sumbat :

Tauhu basah

Timun

Sengkuang

Lobak merah

Taugeh

Cara membuat:

  1. Tauhu digoreng sehingga masak kemudian dipotong segi tiga. 
  2. Pada tengah-tengah tauhu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.
  3. Timun, sengkuang, lobak merah di sagat dan di potong memanjang.
  4. Taugeh dibuang ekornya kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut lembik pula. 
  5. Bahan-bahan sayur ini boleh disumbat dalam tauhu yang sudah digoreng dan dikelarkan pada tengah-tengah itu.

Bahan-bahan untuk Kuah Kacang:

Kacang tanah (disangai tanpa minyak kemudian dikisar kasar)

2 biji bawang besar

3 biji bawang putih

2 inci halia

3 batang serai

15 biji cili kering (nak pedas, lebihkan)

Air asam jawa

Gula merah, gula nisan atau gula kabung

Garam, gula

Air

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Apabila agak-agak sudah garing, angkat dan toskan.
  2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan pecah minyak.
  4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah atau nisan serta air asam jawa.
  5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana. Pekat atau agak-agak cair sikit. 
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Boleh tutup api kalau sudah cukup rasanya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x