Bila sebut menu yang sesuai untuk Ibu yang sedang berpantang ini, pasti hidangannya sihat-sihat belaka. Yang sihat tapi kurang menyelerakan. Maklumlah, perlu jaga makan betul-betul.
Tapi perkongsian resepi kali ini nampak sangat menyelerakan. Yang penting, menggunakan Ikan Kayangan tapi harga murah-murah je. Yang tidak berpantang pun, Admin pasti anda nampak terliur dan nak cuba lauk ini.
Terima kasih Faizah Husain untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Masak Asam ini 🙂
Bahan-bahan:
Ikan siakap (separuh)
2 cawan air (dikisar bersama sebiji buah oren, sedikit pes asam jawa dan 3 biji kurma)
Halia *
Bawang putih *
Bawang besar *
Tepung jagung
Garam
Biji sawi
Sesudu minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Goreng ikan yang sudah dilumur garam, kunyit dan sesudu tepung jagung. Angkat dan ketepikan.
- Hiris bahan bertanda (*). Lagi banyak lagi sedap.
- Tumis bahan hirisan hingga kekuningan dan masukkan biji sawi.
- Masukkan air yang dah dikisar bersama sebiji oren dan sedikit pes asam jawa. Masak hingga kuah mendidih.
- Kemudian, bancuh tepung jagung dan tuang dalam kuali. Perasakan dengan garam dan sedikit gula perang.
- Selepas itu, curah kuah di atas ikan yang siap digoreng.
Nota ilmu:
*Halia dan bawang putih sangat elok dimakan oleh ibu berpantang untuk keluarkan angin dari badan.
*Asam jawa untuk lancarkan pencernaan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Faizah Husain (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos