fbpx

Resepi Mudah Tenggiri Masak Asam. Memang Terlajak Sedap Ni!

iCookAsia

Mesti berselera kalau dapat makan masak asam kan? Kali ni Admin nak share satu resepi Ikan Tenggiri Masak Asam. Terliur kan. Cara buat pun mudah sahaja seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini.

Boleh guna daun kari untuk menaikkan aroma. Jom kita try.

Terima kasih Jat Sharifah untuk perkongsian resipi Tenggiri Masak Asam ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri (goi garam kunyit goreng bagi garing)

Bawang putih (hiris)

Bawang besar (hiris)

Halia (hiris memanjang)

Cili hidup (hiris)

Sedikit biji sawi

1 ranting daun kari

Air asam jawa

Garam dan gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup sehingga naik bau.
  2. Masukkan air mengikut nak bagi kuah banyak mana.
  3. Masukkan paste asam jawa biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama garam dan gula.
  5. Kacau rata dan siap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jat Sharifah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x