fbpx

Cara Buat Kuih Qasidah Yang Sedap Dan Mudah Je!

iCookAsia

Kalau anda nak tahu, Kuih Qasidah dikatakan antara salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal dan masih dicari orang ramai. Dengan rasanya yang sedap membuatkan ramai yang suka makan kuih ini. Mesti tak sabar nak cuba kan?

Jom kita try.

Terima kasih Siti Hazar Hamat untuk perkongsian resipi Kuih Qasidah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

3 cawan santan cair

4 sudu besar gula

Secubit garam

1 sudu kecil air kapur

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan kesemua bahan dan di aduk rata.
  2. Masak di atas api sederhana. Gaul dan kacau sampai pekat. Masukkan ke dalam bekas.
  3. Tabur bawang goreng dan minyak bawang sikit sahaja.
  4. Seterusnya, bawang kecil dalam 10 biji dihiris halus dan di goreng sampai kekuningan.
  5. Angkat dan taburkan atas kuih qasidah. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hazar Hamat(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x