fbpx

Resepi Telur Masak Kicap Semudah ABC, Yang Penting Sedap!

iCookAsia

Kalau dapat makan Telur Masak Kicap dengan nasi panas, memang sangat nikmat tau. Dengan rasa kerangupan dari goreng tu, memang tak cukup makan nasi satu pinggan sahaja. Bukan itu sahaja, nak masak hidangan ini pun sangat senang, hanya perlukan beberapa bahan sahaja dah siap.

Jom kita try.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Telur Masak Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

Telur ayam (Digoreng jangan terlalu lama nanti liat)

Bawang merah besar(Dihiris)

Bawang putih (Dihiris)

Cili besar merah(Dihiris)

Cili Api (Dihiris)

Kicap manis

Sedikit garam

Minyak masak

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, panaskan minyak dan goreng telur. Ketepikan.
  2.       Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  3.       Seterusnya, masukkan kicap manis. Kacau.
  4.       Masukkan sedikit air dan garam.
  5.       Apabila sudah mendidih kuah baru masukkan telur ayam yang digoreng tadi..
  6.       Boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x