Bagi peminat dessert, anda semua mesti cuba resepi Tart Telur ini. Dengan filling telur yang penuh, memang cair di mulut. Bukan itu sahaja tau, lagi sedap dengan kerangupan texture tart telur ini tapi sangat lembut di dalam.
Mesti tak sabar nak cuba. Jom kita try.
Terima kasih untuk Nor Al Fatihah perkongsian resipi Tart Telur ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Shell tart/Crust):
150 g butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum (Diayak)
2 sudu besar tepung jagung (Diayak)
Bahan B (Filling Telur):
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning (optional)
Cara Membuat:
- Untuk Shell Tart atau Crust, kacau butter dan gula dengan senduk kayu atau spatula sehingga sebati.
- Campurkan telur dan esen vanila. Kacau lagi sehingga sedikit kembang.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastic wrap. Rehatkan di dlm peti ais selama 20 minit
- Untuk Filling Telur, sementara doh di rehatkan, buat intinya dahulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
- Kemudian, tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan.
- Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan dan kemaskan. Tuang filling sehingga agak penuh.
- Akhir sekali, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35 hingga 45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing2 juga.
- Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Al Fatihah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity