Spaghetti antara makanan yang mudah tau untuk dibuat. Dengan rasa yang creamy, memang menambahkan lagi selera makan. Confirm buat kejap sahaja, dah habis. Anda semua pun mesti nak cuba kan?
Jom kita try.
Terima kasih untuk Eka perkongsian resipi Spaghetti Carbonara ini 🙂
Bahan-bahan:
Spaghetti secukupnya (boleh pakai angel hair punya. Jenama Prego)
Olive oil secukupnya
Bawang putih (potong dadu)
Bawang holland (potong dadu)
Udang (buang kulit)
Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin itu) atau cendawan shiitake (potong hiris)
1 kotak kecik whipping cream (Boleh pakai jenama Anchor)
1/2 kotak kecik susu full cream (Boleh pakai jenama apa sahaja)
Mozarella cheese parut (Boleh letak banyak mana mengikut cita rasa masing-masing)
Blackpepper Aji-Shio
Bahan (Untuk Hiasan):
Chilli Flakes McCormick
Parsley leaves atau Oregano leaves atau Ketumbar (hiris halus. Boleh pilih mana satu nak guna)
Cara membuat:
- Pertama sekali, rebus spaghetti sampai lembut dan toskan. Letak tepi dahulu.
- Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.
- Masukkan udang dan cendawan yang sudah dihiris.
- Apabila udang sudah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
- Kemudian, perasakan garam dan secukup rasa.
- Letak blackpepper.
- Masukkan cheese. Apabila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
- Hidangkan dalam pinggan, dan hiaskan dengan chilli flakes dan parsley leaves.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Eka(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity