Resepi yang Admin nak share hari ini ialah Singgang Ikan Selar. Cara nak buat hidangan ini pun sangat mudah dan jimat masa. Macam mana pula dengan rasa nya? Sangat sedap. Tambah pula dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Teringat zaman dulu hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nana Sabrina Sarsan perkongsian resipi Singgang Ikan ini 🙂
Bahan-bahan:
Dua ekor ikan selar (belah dua)
Garam secukupnya
Perahan air asam jawa
Air (agak-agak sahaja)
1 biji bawang merah saiz besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Serai (diketuk)
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)
Cara membuat:
- Pertama sekali, campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
- Seterusnya, didihkan ia dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.
- Akhir sekali, tunggu selama 20 minit dan boleh tutup api.
- Boleh dihidangkan.
- Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity