Setiap kali makan untuk dinner, mesti kita nak rasa ada dessert kan? Apa kata anda cuba resepi Jagung Cheese Susu ini. Cara nak buat sangat mudah dan jimat masa tau. Tak perlu tunggu lama pun. Yang penting, rasa nya sangat sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nadzirah Ismail perkongsian resipi Jagung Cheese Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
Jagung
1 sudu Majerin atau planta
1 tin Susu cair
1 sudu kecil Garam
1 mangkuk kecil Susu pekat
1 cawan air masak
Cheese slice (lagi banyak lagi bagus)
Cara membuat:
- Mula-mula, cairkan marjerin atau planta.
- Letak susu cair, garam, susu pekat dan air masak.
- Biarkan ia mendidih dan letak jagung masak sampai jagung empuk.
- Akhir sekali, tutup api dan letak cheese atas jagung. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nadzirah Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity