Tak tahu nak masak apa untuk tengahari? Apatah lagi jika musim cuti sekolah tiba. Apa kata anda cuba resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ini. Cara nak buat sangat mudah dan yang penting, rasa nya masih sedap. Tak guna sebiji bawang pun dalam hidangan kali ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Amira Husin perkongsian resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ini 🙂
Bahan-bahan:
8 ketul ayam
5 inci kunyit hidup
20 biji cili api
2 batang serai
1 kotak kecil santan
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara membuat:
- Mula-mula, basuh ayam bersih-bersih. Letak tepi dulu.
- Masukkan kunyit dan cili api ke dalam pengisar. Kisar halus.
- Tuangkan sedikit minyak dan panaskan sebelum menumis.
- Masukkan kunyit dan cili api yang telah dikisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam bersama serai.
- Gaul rata. Biar sehingga air sedikit kering.
- Masukkan santan dan asam keping. Tunggu sehingga ayam masak.
- Akhir sekali, apabila ayam sudah masak, masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Amira Husin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity