Mesti ramai yang suka makan Roti Jala kan? Hari ini Admin nak kongsikan satu resepi Roti Jala Pandan. Apatah lagi dimakan bersama Kuah Durian. Memang confirm sedap. Terasa lemak durian sewaktu makan. Kombinasi yang perfect untuk pencinta durian.
Jom kita try
Terima kasih untuk Sanuja Nuja perkongsian resipi Roti Jala Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Roti Jala):
Air pandan
1 biji telur
1 sudu besar planta
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Tepung gandum
Cara membuat:
- Pertama sekali, blend kan kesemua bahan di atas.
- Kemudian, pastikan bancuhan tidak pekat dan tidak cair. Agak-agak sahaja.
- Akhir sekali, boleh mula menjala dengan menggunakan kuali non-stick. Boleh sahaja menggunakan kuali biasa tapi pastikan ia tidak melekat.
- Apabila sudah siap, boleh diangkat dan digulung.
Bahan B (Untuk Kuah Durian):
Sagu
Isi durian
Santan
Cara membuat:
- Mula-mula, rendamkan sagu.
- Kemudian, masukkan isi durian ke dalam pengisar dan kisarkan.
- Seterusnya, masak sagu hingga ia kelihatan jernih.
- Selepas itu, boleh masukkan gula, garam dan daun pandan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sanuja Nuja(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity