Sedap kan kalau dapat makan Sup Telur? Rasa segar sahaja. Hidangan ini juga sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan yang senang sahaja. Mesti budak-budak ramai yang suka makan Sup Telur ini.
Boleh cuba buat untuj masakan tengahari. Jom kita try.
Terima kasih untuk Nora Azni perkongsian resipi Sup Telur ini 🙂
Bahan-bahan:
 4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Kiub pati ayam (guna separuh sahaja)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit. Selepas itu, masukkan carrot.
- Kemudian, tambahkan 2 gelas air putih.
- Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Apabila kuah sudah mendidih, kecilkan sedikit api dapur.
- Seterusnya, pecahkan telur sebiji ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk.
- Ulang sampai habis telur. Biarkan sekejap sampai telur masak dan jangan kacau.
- Apabila sudah nampak telur masak elok seketul – seketul, boleh masukkan fishball.
- Akhir sekali, jika sudah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Azni(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity