Pernah dengar resepi Ayam Ungkep? Hidangan ini sangat ringkas tapi penuh dengan kelazatan. Bagi yang suka kan makanan pedas, boleh tambah cili padi banyak-banyak. mesti tak sabar nak rasa hidangan ini kan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Yan Azie perkongsian resipi Aya Ungkep ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Dikisar):
Bawang merah
Halia
Kunyit
Cili padi
Bawang putih
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Bahan B:
Ayam
Serai
Minyak
Asam keping
Minyak
Garam
Aji
Gula
Daun limau purut
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak.
- Tumis bahan yang sudah dikisar tadi dan masukkan serai yang sudah dititik.
- Apabila pes rempah sudah pecah minyak, masukkan ayam yang sudah dicuci bersih.
- Kemudian, kacau ayam sampai sebati. Bagi yang suka berkuah boleh tambah air sikit.
- Masukkan garam, aji jika suka dan sedikit gula.
- Akhir sekali, jika sudah empuk, boleh dihidangkan.
Bahan rempah nak guna serbuk pun boleh. Kalau ada yang biji, lagi bagus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yan Azie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity