Mesti kadang-kadang teringin nak makan dessert yang simple tapi mengenyangkan? Apa kata ada cuba resepi Donut Gebu ini, sedap dan lembut sahaja waktu nak makan. Bukan itu sahaja, boleh la rasa macam makan Dunkin Donut.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mohd Kholil Musa perkongsian resipi Donut Gebu ini 🙂
Bahan-bahan:
250 g tepung roti/high protein
1 biji telur
7 g yis
140 ml air sejuk
20 g shortening
1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan tepung , bread improver, telur, susu tepung, gula, yis dan air. Kemudian uli dalam 5 minit. Boleh pakai hand mixer.
- Masukkan shortening dan uli lagi sampai tidak melekat dan berkilat.
- Apabila sudah siap uli , bulatkan doh siap-siap anggaran dalam 30 g.
- Kemudian, perap doh dalam 30 minit.
- Selepas itu ,tekan-tekan doh dan buat lubang di tengah-tengah.
- Perap lagi untuk 20 minit.
- Semasa nak menggoreng pastikan api betul-betul panas dan perlahan.
- Akhir sekali, apabila sudah perang baru balikkan sebelahnya. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mohd Kholil Musa(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity