fbpx

Ramai Dah Cuba Resepi Nasi Hujan Panas ini, Makan Dengan Ayam Masak Merah Pun Sedap

iCookAsia

Pernah makan Nasi Hujan Panas? Mesti ada yang curious macam mana rasa dan apa perbezaannya dengan nasi yang lain. Kalau nak tahu, apa kata anda cuba buat menu yang Admin kongsikan hari ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Muhammad Azhari perkongsian resipi Nasi Hujan Panas ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmati (cuci bersih dan toskan, beras tidak direndam terlebih dahulu)

3 cawan air

1 cawan susu cair

4 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

1 cm halia (kisar)

Rempah 4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)

Minyak atau mentega

Pewarna merah, hijau dan kuning

Garam dan serbuk perasa

Hirisan daun bawang dan bawang goreng

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan juga bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan mentega.
  2. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan air, mengikut sukatan beras. Kalau 3 cawan beras dengan 3 cawan air.
  4. Kemudian, masukkan beras dan susu cair serta gaul sebati. Biarkan nasi masak macam biasa dalam rice cooker.
  5. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna merah, kuning dan hijau mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tutup semula periuk dan tunggu sampai nasi masak.
  7. Akhir sekali, apabila nasi sudah masak, gembur- gemburkan dan tabur daun bawang atau daun sup serta bawang goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Azhari(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x