fbpx

Jom Buat Kari Kambing Ini, Pekat Dan Memang Sedap. Perfect Untuk Penggemar Kari!

iCookAsia

Kari Kambing dan nasi panas? Memang sangat perfect. Dengan kuah kari yang pekat membuatkan hidangan itu lebih menarik. Confirm rasa sangat padu dan sedap. Admin tak sabar nak cuba ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Sheena Supramaniam perkongsian resipi Kari Pekat Kambing ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging kambing (1 hingga 1.5 kg)

Halia (Kisar)

Bawang putih (Kisar)

Bawang kecil (Kisar)

Rempah (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)

Jintan

Daun kari

Serbuk kunyit

Air secukupnya

Tomato

Serbuk kari ayam atau daging (3 hingga 5 sudu besar)

Serbuk cili

Kentang

Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak. Masukkan kesemua rempah.
  2. Seterusnya, masukkan jintan.
  3. Masukkan daun kari dan bahan-bahan yang telah dikisar.
  4. Kemudian, baru masukkan daging kambing.
  5. Masukkan serbuk kunyit.
  6. Masukkan air dan pastikan ia secukupnya supaya daging kambing tersebut masak.
  7. Apabila ia sudah mendidih, masukkan tomato.
  8. Boleh guna kaedah seperti ini untuk cepat masak. Kalau nak guna pressure cooker pun boleh.
  9. Kemudian, masukkan serbuk kari ayam atau daging.
  10. Jangan lupa masukkan serbuk cili mengikut selera masing-masing.
  11. Masukkan kentang dan garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sheena Supramaniam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x