fbpx

Resipi Waffle Homemade, Mudah, Sedap Dan Mengenyangkan

iCookAsia

Setiap kali lepas makan nasi, mesti teringin nak makan dessert kan? Apa kata cuba buat Waffle Homemade ini? Mudah tapi sedap. Bukan itu sahaja, mengenyangkan tau. Nak letak topping apa-apa pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Waffle Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan air

1/3 cawan minyak masak atau minyak jagung atau butter (dicairkan)

1 biji telur

1 1/2 sudu kecil baking powder

2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar gula

Secubit garam

Sedikit esen vanilla

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Panaskan waffle maker dan masukkan adunan ke dalam waffle maker.
  3. Kemudian, agak-agak jangan terlalu penuh. Kalau waffle maker itu jenis melekat, letakkan sedikit butter atau minyak.
  4. Tunggu sehingga masak dan alihkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x