Kebiasaannya kita makan Ayam Masak Merah kan? Apa kata kali ini tukar selera dan cuba buat Ayam Masak Bali pula? Mudah sahaja cara untuk buat resepi ini tau. Yang penting, rasa nya sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk masakan tengahari.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Tinie Razak perkongsian resipi Ayam Masak Bali ini 🙂
Bahan-bahan:
Ayam sebelah potong kecil (Letak garam kunyit, goreng separuh masak)
1 biji bawang besar
Bawang putih
Halia seinci
(Semua itu blend halus)
Kicap manis ABC
6 batang serai (ketuk)
4 pelepah daun kari
4 sudu cili kisar
(Boleh guna sambal yang memang sudah masak sesiap dalam peti ais)
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis serai sampai garing sikit, masukkan daun kari, jika sudah garing masuk bahan kisar, masak sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan cili kisar, asam keping dan tunggu sampai pecah minyak. Masuk kicap ABC 2 sudu.
- Masuk ayam goreng.
- Akhir sekali, boleh adjust rasa mengikut selera masing-masing. Rasa sebenar dia pedas manis sikit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tinie Razak(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity