Kadang-kadang mesti teringin nak makan kuih kan? Boleh lah cuba buat Agar-Agar Lumut ni. Mudah sahaja cara nak buat kuih ini. Yang penting, rasa dia sangat sedap dan menyegarkan. Makan sebagai dessert pun best juga.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Norhazalin Rasib  perkongsian resipi Agar Agar Lumut ini 🙂
Bahan-bahan:
12 g serbuk agar-agar atau agar-agar tali pun boleh guna
4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan pandan (daun pandan dikisar)
1 cawan santan pekat
1 biji telur
Pewarna hijau (Optional)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan dalam periuk air,gula, agar-agar dan air pandai, biar sampai gula dan agar-agar hancur.
- Kemudian, dalam bekas lain masukkan telur dan santan, kacau dulu bagi sebati.
- Baru masukkan dalam periuk, kacau sekejap dan biarkan sampai menggelegak, tutup api.
- Pastikan waktu ini jangan kacau terus tuang dalam acuan untuk nampak cantik kejadiannya nanti, tunggu sejuk sikit baru masukkan dalam peti sejuk.
- Akhir sekali, jika sudah keras boleh dipotong untuk dimakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norhazalin Rasib(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity