fbpx

Resepi Mudah Pau Kukus, Sedap Dan Gebu. Boleh Buat Sendiri Je!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan dan selalu beli Pau Kukus kan? Dengan kepelbagaian inti yang menjadikan makanan ini sedap dengan banyak pilihan. Bukan itu sahaja, dengan rasa nya yang sedap dan lembut, lagi nikmat nak makan. Buat sendiri lagi best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ummi Anje Irah perkongsian resipi Pau Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

3 sudu minyak masak

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar mauripan atau yis

2 sudu besar susu pekat

1 sudu besar gula

Setengah cawan air suam

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan yis, air suam dan gula dalam mangkuk kacau serta biarkan 10 minit hingga berbuih.
  2. Kemudian, dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam dan minyak masak. Gaul sebati.
  3. Masukkan campuran yis uli hingga jadi doh dan bentukkan bulat, boleh dapat 13 biji saiz macam dalam gambar.
  4. Biarkan doh naik dan tutup dengan plastic.
  5. Leperkan doh dan masukkan inti serta biarkan doh mengembang sekali lagi.
  6. Seterusnya, kukus pau selama 10 minit sahaja dengan api sederhana besar, jangan lebih nanti pau berkedut.
  7. Balut dan tutup kukusan dengan kain.
  8. Akhir sekali, selepas 10 minit, angkat sekali dengan periuk kukusan tersebut dahulu baru buka tudung nya untuk elak pau berkedut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ummi Anje Irah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x