Sebut sahaja pasal seafood, mesti ramai yang suka makan. Jadi, kali ini Admin nak kongsikan satu resepi mudah untuk buat Sambal Sotong. Memang perfect dibuat untuk lunch ataupun dinner. Jimat masa pula tu dan bertambah sedap dimakan dengan nasi panas.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zurina Zulkefli perkongsian resipi Sambal Sotong ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Sotong
Cara membuat:
- Kulit sotong tidak disiang, buangkan dakwat, mata dan bersihkan isi dalam sotong sebaiknya sebab taknak kuah akan ada rasa serpih-serpih.
Bahan B:
Cili kering (kisar)
Bawang putih, bawang merah, bawang holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 asam keping
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan cili kering. Cili kering direndam dalam air panas, toskan kemudian kisarkan dengan minyak masak. Boleh disimpan dalam peti untuk kegunaan bila-bila sahaja.
- Hiriskan bawang-bawang tersebut seperti gambar di bawah.
- Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau.
- Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan ia masak sehingga jus sotong keluar, tidak perlu tambah air.
- Apabila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping.
- Gaul sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity