Tak lengkap waktu petang tanpa sesuatu hidangan kan? Kalau dapat buat Cekodok Pisang pun best juga. Mudah dan sedap tau. Lagi sedap dimakan dengan kerangupan di luar dan lembut di dalam. Makan dengan secawan kopi, perfect rasanya.
Terima kasih untuk Khadijah Jaafar perkongsian resipi Cekodok Pisang Rangup ini 🙂
Bahan-bahan:
500 g pisang
100 g tepung gandum
100 g tepung beras
1/4 sudu soda bikarbonat
1 sudu besar gula
Cara membuat:
- Mula-mula, lenyekkan pisang sehingga hancur.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan. Kacau semua sehingga sebati.
- Panaskan kuali.
- Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat, boleh gunakan tangan.
- Seterusnya, balik-balikkan cekodok, sehingga masak supaya masak sekata. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khadijah Jaafar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity