fbpx

Resepi Simple Roti Cheesy Balut Telur, Mudah Dan Sesuai Untuk Sarapan

iCookAsia

Kalau dapat makan resepi yang simple untuk breakfast pun best juga. Dengan ada lapisan cheese lagi di tengah menjadikan sarapan pagi yang fancy tapi simple dan sedap. Bukan itu sahaja, hidangkan pula dengan minuman milo yang menyegarkan, nikmat rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Har Ryea perkongsian resipi Roti Cheesy Balut Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji telur

2 keping roti

2 keping cheese

Sedikit lada sulah

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul telur dengan sedikit lada sulah.
  2. Kemudian, dadarkan telur dalam kuali yang leper.
  3. Letakkan 2 keping cheese di atas telur dadar dan letakkan roti di atas cheese tersebut.
  4. Seterusnya, mula lipatkan telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese. Terbalikkan buat seketika.
  5. Akhir sekali, jika sudah siap, boleh angkat dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Har Ryea(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x