fbpx

Resepi Mee Kuah Udang Sedap, Mak Mertua Pasti Terpikat

iCookAsia

Anda peminat mee udang? Resepi mee kuah udang yang bakal kami kongsikan ini memang sangat sedap dan rugi tau kalau tak cuba. Kalau dah cuba sekali, pasti nak lagi!

Terima kasih kepada saudara Muhamad Ismail Mohd Ali untuk perkongsian resepi Mee Kuah Udang ini 🙂
Resepi mee kuah udang
Bahan-bahan:
Kulit/ kepala udang goreng blend / tapis (air udang disimpan)
2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
3-4 sudu cili kisar
6 sudu sup tomato
Sayur sawi (dipotong)
Udang kertas
1 paket mee
Fish cake
Telur ayam (direbus)
Daun bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)

Cara membuat:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Tambahkan air udang tadi dan air biasa ikut kepekatan yang diingini.
  3. Masukkan sup tomato. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan sayur.
  5. Perasakan mengikut citarasa anda dan masukkan mee yang sudah dicelur.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muhamad Ismail Mohd Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x