fbpx

Resipi Legend Bulan Puasa, Pulut Sekaya. Buat Sendiri Lagi Best!

iCookAsia

Kebiasaannya kita akan jumpa kuih ini pada bulan puasa kan? Admin nak kongsikan satu resepi Pulut Sekaya ini yang sangat sedap tau. Kalau dapat buat sendiri lagi best, dapat makan banyak. nak bagi jiran pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Eyda Rany perkongsian resipi Pulut Sekaya ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Lapisan Bawah):

1 cawan pulut

Santan sama paras dengan pulut bukan sama banyak

1 sudu kecil garam

2 camca gula (Optional)

Kalau jenis suka pulut yang tebal boleh lebihkan pulut

Bahan B (Lapisan Atas):

5 biji telur (pastikan buang pusat telur)

1 camca tepung gandum (Optional-tujuan untuk bagi keras supaya senang potong)

1 sudu kecil garam

3/4 cawan gula (ikut tahap manis masing-masing)

Sedikit serbuk kulit kayu manis- dalam setengah cubit (Optional)

2 cawan santan

10-15 helai daun pandan

(Mula-mula blend santan dengan daun pandan, tapih dan perah selepas itu, blend semua bahan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, basuh pulut bersih-bersih.
  2. Kemudian, masukkan santan dan letakkan garam dan gula.
  3. Kukuskan sehingga pulut masak.
  4. Gaul dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Tuangkan bahan-bahan lapisan atas yang telah di blend ke atas lapisan pulut yang telah dimampatkan.
  6. Akhir sekali, kukus semula sehingga lapisan atas masak, cara nak tahu sudah masak atau belum,cucuk guna garfu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eyda Rany(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x