fbpx

Resipi Pengat Pisang Yang Mudah Untuk Dibuat. Sesuai Untuk Makan Malam Sebagai Dessert

iCookAsia

Setiap kali lepas makan mesti rasa nak makan something yang light dan simple kan? Apa kata anda cuba buat Pengat Pisang ini, mudah sahaja dan sedap rasanya. Nak buat lebih, boleh bagi dekat jiran, orang kata sharing is caring hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Shila Rahman perkongsian resipi Pengat Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

Pisang

Sagu biji

Gula melaka atau gula kabung

Gula putih

Daun pandan

Garam

Santan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, jerang air ikut keperluan pisang banyak mana.
  2. Kemudian, potongkan pisang secara serong atau memanjang atau bulat.
  3. Ambil sagu biji sebanyak mana yang perlu. Curahkan air panas dan rendam 2 hingga 3 minit. Lepas itu, jirus semula air sejuk hingga betul-betul sejuk. Tujuannya adalah untuk buang separuh daripada kanji yang ada dalam sagu.
  4. Apabila air sudah mendidih, masukkan pisang.
  5. Seterusnya, masukkan sagu biji yang sudah dibuang separuh kanji.
  6. Jika sudah nampak pisang sudah mula layu dan sagu cantik tiada putih-putih, boleh masukkan gula melaka atau gula kabung.
  7. Tambahkan gula putih. Rasa terlebih dahulu manis atau tidak. Masukkan daun pandan sekali.
  8. Masukkan satu sudu kecil garam untuk rasa lagi lemak. 
  9. Akhir sekali, jika sudah mendidih, terus tuangkan santan banyak mana yang diperlukan.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shila Rahman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x