fbpx

Resipi Popia Carbonara Yang Senang Sahaja Untuk Dibuat. Sedap Tau Rasanya!

iCookAsia

Popia Carbonara adalah antara hidangan yang sangat mudah untuk dibuat. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk dimakan pada waktu petang. Dengan isi yang padat, memang nikmat betul dapat makan. Sangat jimat.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Liyana Mohd Jamil perkongsian resipi Popia Carbonara ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging ayam (cincang)

Celery (potong cincang atau dadu)

Carrot (potong halus dan panjang)

Cendawan butang (boleh potong ikut suka)

1 tin Campbell mushroom soup

1/2 tin Susu sejat

1-2 biji bawang holland (dadu)

3-4 ulas bawang putih (cincang)

Daun bawang

Daun sup

Mix herbs

Serbuk lada hitam

Cheddar cheese

Mozarella cheese

Garam secukup rasa

Chicken stok (Optional)

Popia

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang holland.
  2. Apabila agak sudah layu keperangan, masukkan ayam dan serbuk lada hitam serta chicken stok. Kacau-kacau sampai ayam masak.
  3. Kemudian, masukkan carrot, celery dan cendawan butang. Kacau-kacau sikit sehingga sayur tersebut separuh masak.
  4. Masukkan sup cendawan campbell.
  5. Seterusnya, masukkan susu sejat,  masuk cheddar cheese dalam 2 atau 3 keping, daun sup,  daun bawang, mix herbs,  garam,  kacau-kacau dan agak kuahnya kering, tutup api. Boleh dihidangkan.

Apabila sudah sejuk inti, potong cheddar cheese itu. Boleh potong 5 untuk sekeping cheese. Ambil kulit popia, letakkan cheese cheddar, letak inti atas cheese dan sedikit mozzarella dan balut popia seperti biasa. Gorengkan seperti biasa. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Liyana Mohd Jamil(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x