Mesti pernah makan kuah kacang kan? Kebiasaannya orang akan makan dengan nasi impit, memang nikmat rasanya. Bukan itu sahaja, nak buat banyak dan frozen kan pun boleh. Ikut sahaja resepi ini, boleh tahan sampai setahun dalam deep freezer.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Wan Samihah Wan Ahmad perkongsian resipi Kuah Kacang ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang merah
Cili kering kisar
Gula melaka
Garam
Serai
Lengkuas
Minyak untuk menumis
Kacang tumbuk
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng atau sangai kacang bagi masak, boleh tumbuk atau kisar.
- Tumiskan cili kering kisar dan bagi ia pecah minyak.
- Kemudian, letak serai dan gula melaka.
- Kisarkan bawang sekali dengan lengkuas, jangan terlalu banyak, nanti akan maung dan masukkan dalam tumisan tadi.
- Seterusnya, masukkan kacang yang sudah dikisar tadi dan tambahkan air.
- Perlahankan api dan kacau selalu supaya tidak hangus.
- Akhir sekali, jika nak kuah kacang yang sedap, masak laam dan bagi pecah minyak. Pastikan api perlahan sahaja sebab taknak kuah jadi hangus dan terpercik.
Kalau esok nak makan, buat sehari sebelum. Kene buat extra sehari supaya lebih rasa lemak kacang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Samihah Wan Ahmad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity