Siapa sahaja yang tak suka makan Cornflakes Madu kan? Dengan Rasa yang crunchy dan manis, menjadikan ia bertambah sedap dan nikmat untuk dimakan. Bukan itu sahaja, pembuatan resepi ini pun sangat mudah and dah siap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nor Khomariah Norrohman perkongsian resipi Cornflakes Madu ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kotak Corn Flakes
1 ketul butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan madu
Manik warna warni
Buah campur
Paper cup secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, cairkan butter, masukkan gula perang dan madu. Kacau sehingga sebati. Apabila sudah mendidih dan naik buih, tutup api.
- Sediakan bekas besar dan letakkan cornflakes. Tuang butter yang dicairkan tadi, gaul sampai sebati dan masukkan buah campur.
- Kemudian, masukkan dalam paper cup dan tabur manik.
- Akhir sekali, bakar dalam 10 minit pada suhu 180 c°. Jika suda masak biarkan betul-betul sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan lemau.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Khomariah Norrohman(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity