fbpx

Resepi Yang Senang Untuk Dicuba, Sedap Dan Mengenyangkan. Ini Dia Hidangan Ayam Bawang

iCookAsia

Biasa pernah makan Ayam Masak Merah kan, apa kata kali ini kita cuba buat Ayam Bawang pula. Eh apa tu? Jom Admin kongsikan satu resepi yang mudah tapi sedap. Hanya menggunakan bahan yang senang didapati sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ziela Mazlan perkongsian resipi Ayam Bawang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Serbuk cili

Serbuk jintan manis

Serbuk jintan putih

3 sekawan

Sos cili, sos tomato dan sos tiram

Daun kari

Serbuk kari

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng hirisan bawang untuk dijadikan bawang goreng. Asingkan bawang setelah digoreng dan masak cantik.
  2. Kemudian, dalam minyak gorengan bawang tadi, goreng ayam yang diperap garam dan kunyit.
  3. Asingkan ayam yang sudah siap masak. Jangan terlalu garing. Buang sikit minyak lebihan ayam goreng tadi.
  4. Tumis 3 sekawan bersama dengan daun kari.
  5. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar. Pastikan bahan ini dikisar terlebih dahulu.
  6. Masak sampai naik bau, masukkan sesudu serbuk jintan manis, sesudu jintan putih, 2 sudu serbuk cili. Kacau sebati.
  7. Seterusnya, masukkan serbuk kari daging 1 sudu.
  8. Masuk sesudu sos cili, sesudu sos tiram dan sesudu sos tomato. Kacau sebati tambah sedikit air.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.
  10. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ziela Mazlan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x