Dah fikir ke nak masak menu apa sebagai makanan tambahan untuk berbuka nanti? Kalau dapat buat Cucur Udang pun best juga kan? Dengan kerangupan yang memang crunchy dan lembut di dalam, lagi berselera nak makan. Dihidangkan pula dengan sos cili yang sedap
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nor Izan Mustapa perkongsian resipi Cucur Udang ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 1/2 cawan (190gm) tepung gandum
1 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air suam
Taugeh, kucai, cili merah
Sedikit serbuk kunyit
8-10 ekor udang sedang (buang kulit dan potong kecil)
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan semua bahan dan gaul sebati. Perap selama 20 minit.
- Rendam senduk bulat dalam minyak sederhana panas dan letak adunan cucur dalam senduk, bagi ia hampir penuh senduk.
- Kemudian, masukkan senduk dalam minyak dan biar dalam 45 saat sebelum tanggalkan cucur dari senduk.
- Akhir sekali, goreng hingga perang dan toskan.
Jangan letak sayuran terlalu banyak supaya cucur boleh kembang bulat dan boleh letak udang atas cucur sebelum goreng.
Bahan B (Sos Cili):
3 batang cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Sedikit gula
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan cili merah, tomato dan bawang putih bersama air.
- Masukkan ke dalam kuali dan campurkan 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan sedikit gula. Masak sehingga pekat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Izan Mustapa(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity