fbpx

Kuih Kegemaran Ramai Orang, Agar-Agar Santan Pandan. Jom Buat Kuih Ini Tanpa Ada Pewarna

iCookAsia

Kalau pergi bazar Ramadan, mesti tak lengkap kan kalau tak beli Agar-Agar Santan Pandan ini. Mana tidaknya, dengan rasa yang manis dan berlemak menjadikan kuih tersebut bertambah sedap. Kalau buat sendiri, dapat makan banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Aezween Rainoe perkongsian resipi Agar-Agar Santan Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali (20 g)

1 cawan gula (ikut nak manis mana)

4 cawan air

1 1/2 cawan air pandan (5 helai daun pandan)

1 kotak kecil santan

1 biji telur

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak agar-agar tali bersama air sehingga hancur.
  2. Kemudian, masukkan gula dan masukkan air pandan.
  3. Dalam mangkuk yang lain kacau santan, telur dan garam.
  4. Masukkan dalam periuk agar-agar dan biarkan mendidih membuak, jangan kacau selalu. Kalau selalu kacau akan jadi kurang berbintil.
  5. Basahkan bekas atau loyang kemudian tuang agar-agar tersebut.
  6. Akhir sekali, biarkan keras dan masukkan dalam peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aezween Rainoe(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x