Siapa di sini suka makan Biskut Suji Kristal? Sedap kan? Admin nak kongsikan satu resepi yang mudah je tapi sangat sedap untuk anda semua. Yang penting, sewaktu makan, cair di mulut. Memang tak cukup kalau makan satu je ni. Buat kudapan pun best juga ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Dayana Yana perkongsian resipi Biskut Suji Kristal ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan minyak sapi
3/4 cawan gula halus
Esen vanilla
1 sudu besar serbuk badam atau susu tepung (Pengguna Facebook ini guna serbuk badam)
2 cawan tepung gandum (Boleh tambah lagi agak-agak jika doh lembik)
Pewarna kegemaran
Gula kastor + susu tepung untuk salut biskut
Boleh dapat dalam 100 biji lebih kalau buat bulat comel-comel
Cara membuat:
- Mula-mula, gaulkan minyak sapi dengan gula dan sebatikan pakai senduk sahaja.
- Masukkan esen vanilla dan serbuk badam. Gaulkan.
- Kemudian, masukkan tepung sampai jadi doh yang sesuai dan tidak melekat pada jari.
- Bahagikan pewarna kegemaran. Uli bulat-bulat comel.
- Bakar pada suhu 160 selama 15 minit mengikut oven masing-masing.
- Akhir sekali, golekkan dalam gula kastor ditambah dengan susu tepung. Kalau nak masukkan ke dalam papercup pun boleh, lagi cantik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dayana Yana(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity