fbpx

Jom Buat Resepi Ikan Bawal Masam Manis, Bertambah Berselera Makan Hidangan Ni

iCookAsia

Kalau dapat makan hidangan Ikan Bawal Masam Manis ni pun sedap juga kan untuk berbuka? Nikmat rasanya dapat makan juadah yang sedap dan pelbagai rasa. Bertambah berselera makan. Bukan itu sahaja, hidangan ini digandingkan pula dengan nasi panas lagi mantap rasanya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Ateekah perkongsian resipi Ikan Bawal Masam Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal (dicuci bersih)

2 biji tomato (potong dadu)

Carrot (potong dadu)

Timun (potong dadu)

Akar ketumbar 1

Daun ketumbar

4-5 sudu besar cili kisar

2 helai daun limau purut

1 batang serai (potong serong)

3 ulas bawang putih (dikatok)

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

Cili hijau (potong serong)

Cili merah (potong serong)

2 sudu besar sos ikan

4 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar gula

1 sudu besar serbuk perasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ikan dan goreng sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
  3. Kemudian, masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak serta perlahankan api supaya cili nya betul-betul masak.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan serbuk perasa. Gaulkan.
  6. Masukkan timun, carrot, tomato, bawang merah , cili hijau dan cili merah . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
  7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  8. Akhir sekali, angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x